You are reading Balang mayonis dan 2 cawan kopi.
| M | T | W | T | F | S | S |
|---|---|---|---|---|---|---|
| « Aug | ||||||
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 |
| 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 |
| 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 |
| 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 |
| 29 | 30 | 31 | ||||
Posted on June 6th, 2007 by syukie.
Categories: Uncategorized.
Di dalam sebuah kelas falsafah, seorang profesor berdiri
di hadapan dewan kuliah, meja di hadapannya terdapat
beberapa barangan. Tanpa sepatah perkataan, kelas bermula
dengan beliau mengambil sebuah balang mayonis yang besar
dan mengisinya dengan bola golf.
Dia kemudian bertanya kepada para pelajarnya, adakah balang
tersebut penuh, dan pelajarnya menjawab “ya!”. Profesor
kemudian mengambil sekotak batu kerikil halus dan
menuangkannya ke dalam balang yang telah dipenuhi bola golf
tadi, lantas menggoncang balang tersebut dengan lembut. Bebatu
kerikil mengisi ruangan kosong di antara bola-bola golf. Sekali lagi
dia bertanya akan pelajarnya sama ada balang tersebut telah penuh,
pelajarnya lantas menjawab “ya…”
Tanpa menjelaskan apa-apa kepada pelajarnya, profesor tersebut
lantas mengambil pula sebuah kotak yang berisi pasir dan
menuangkannya ke dalam balang tersebut. Pasir yang dituang
mengisi ruangan diantara batu kelikir dan bola golf. Seperti tadi
dia bertanya lagi kepada para pelajarnya sama ada baling
tersebut telah penuh. Dalam keadaan yang penuh persoalan,
rata-rata pelajarnya menjawab “Ya..”
Sejurus selepas itu, profesor itu kemudiannya mengeluarkan
dua cawan kopi dari bawah mejanya dan menuangkan
kedua-duanya ke dalam balang yang telah sedia ada diisi batu
golf, batu kerikil dan pasir tersebut. Air kopi mengisi ruangan
yang terdapat di antara pasir. Para pelajar mula ketawa dan
tersenyum meihat tindakan professor tersebut.
“Sekarang… ” profesor mula bersuara apabila riuh rendah
dan gelak ketawa pelajarnya berkurangan. “Saya mahu anda
semua menganggap balang ini sebagai kehidupan anda…
Bola-bola golf mewakili perkara penting - Tuhan, keluarga anda,
anak-anak, kesihatan anda, kawan-kawan dan msemangat anda
- Jika anda kehilangan segalanya dan hanya perkara penting ini
yang masih andaada, hidup anda masih penuh. Batu kerikil halus
ini pula mewakili perkara- perkara lain seperti kerja anda, rumah
atau kereta anda, manakala pasir pula mewakili perkara-perkara
lain, yakni perkara-perkara kecil.”
“Jika anda memasukkan pasir ke dalam balang dahulu…”
“… anda tidak akan mempunyai ruang untuk batu kerikil dan
bola golf. Ini sama juga seperti kehidupan anda. Jika anda
menghabiskan masa dan tenaga untuk perkara-perkara kecil,
anda tidak akan mempunyai ruang untuk perkara yang sebenarnya
lebih penting untuk diri anda.”
“Ambil perhatian untuk perkara yang kritikal untuk kebahagiaan
anda.Luangkan masa gembira untuk anak-anak. Sentiasa melakukan
pemeriksaan kesihatan, bawa pasangan anda untuk makan malam,
yang pasti, anda akan masih ada masa untuk membersihkan rumah
atau urusan lain. Sila ambil berat akan bola golf dahulu – iaitu
perkara yang benar-benar penting.
Tetapkan keutamaan. Perkara lain cumalah pasir…”
Salah seorang pelajarnya mengangkat tangan dan bertanya apakah pula
yang diwakili oleh air kopi. Profesor tersebut tersenyum. “Saya gembira
ada yang bertanya. Ianya menunjukkan bahawa tidak kira bagaimana
penuh pun kehidupan anda, akan sentiasa ada ruang untuk secawan dua
kopi bersama rakan-rakan walau pun anda sudah berada di kedudukan
yang tinggi…”
Renungan untuk semua. Apabila kehidupan anda seakan terlalu
penuh dan tampak sukar untuk diuruskan, apabila 24 jam sehari
seperti tidak mencukupi, ingatlah kisah “Balang Mayonis dan
2 cawan kopi ini… “
Comments can contain some xhtml. Names and emails are required (emails aren't displayed), url's are optional.